Darul Iman Scooter Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


UNITY IS STRENGTH
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Peraturan dan tatacara berforum

Go down 
AuthorMessage
pentadbir
Admin



Number of posts : 31
Registration date : 2008-12-19

Peraturan dan tatacara berforum Empty
PostSubject: Peraturan dan tatacara berforum   Peraturan dan tatacara berforum EmptyFri Dec 19, 2008 2:26 am

Disini anda akan diterangkan sedikit sebanyak tentang peraturan berforum dan peraturan keahlian TEC-Online

1) Kepada sesiapa yang mendaftarkan diri di forum ini secara tak langsungnya akan menjadi ahli rasmi Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club.

2) Forum ini tidak terhad kepada penunggang Elegan sahaja, malah kepada seluruh penunggang motorsikal lain khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Kerana kita boleh kembali kepada asal mengenai pembukaan forum ini. Ianya adalah bertujuan untuk membantu masyarakat/ rakyat Malaysia untuk sama-sama kongsi pengetahuan tentang Elegan khususnya dan kenderaan bermotor dua roda amnya.

3) Ketika berforum, tidak dibenarkan meletakkan perkataan lucah atau membuat penghinaan kepada sesama ahli, kelab lain, menyentuh soal politik atau pun sebarang perkataan yang boleh menyinggung pihak lain.

4) Forum/topik hendaklah kena dengan tajuk yang diberi. Tidak boleh pos topik pada ruangan yang salah. Ia bertujuan memudahkan pengguna.

5) Tidak dibenarkan mengiklankan link atau menyebut tentang kelab-kelab motorsikal atau kenderaan lain didalam forum Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club. . Kecuali link yang memberikan sumber yang berguna untuk baik pulih Elegan dan kenderaan lain dan permasalahannya.

6) Ahli forum ditegah sama sekali mengapi-apikan semua ahli Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club yang lain baik bagi mewujudkan kumpulan kecil lain atau memulaukan kumpulan lain.

7) Ditegah membuat ulasan boleh menjatuhkan imej Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club . Jika ada perkara yang tidak puas hati bolehlah terus membuat bantahan pada majlis tertinggi TEC

8 ) Ditegah mengunakan nama Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club untuk sebab-sebab peribadi tanpa kebenaran admin

9) Pihak pengurusan Terenganu Elegan Comunity berhak atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club untuk menbuang atau mengedit sebarang topik didalam forum yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan seperti diatas.

10) Pihak pengurusan juga berhak untuk "banned" sesiapa sahaja daripada memasuki forum Terengganu Elegan Comunity atau juga dikenali sebagai Darul Iman Scooter Club sekiranya terdapat bukti-bukti kukuh bahawa ahli tersebut melanggar peraturan-peraturan yang telah diberikan diatas.

Terima Kasih

Admin TEC-Online


Last edited by cgmulia on Thu Sep 23, 2010 2:55 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : new name added)
Back to top Go down
https://disc-online.forumotion.com
 
Peraturan dan tatacara berforum
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Darul Iman Scooter Club :: Peraturan dan Tatacara Forum-
Jump to: