Darul Iman Scooter Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


UNITY IS STRENGTH
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Cerita Lawak...kah kah kah

Go down 
2 posters
AuthorMessage
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: Cerita Lawak...kah kah kah   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:30 am

Hadiah Dari Mak Mertua...

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik,sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.Sempat lagi dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

kah..kah...kah...Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6


Last edited by MaMmUu on Wed Oct 28, 2009 10:33 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: awek bogel...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:32 am

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan” jawab tukang beca tu.
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: fantasi pemandu teksi   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:37 am

Seorang Nurse,Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Fendy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Fendy tersenyum malu dan berkata..." Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah...encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Fendy gembira dan berkata..."iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Fendy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi Fendy menangis teresak-esak sambil berkata..."Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: telor separuh masak...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:40 am

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.

Ha........Lu Pikir ah sendiri........!Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6


Last edited by MaMmUu on Wed Oct 28, 2009 10:46 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: resah seorang pesakit jiwa...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:42 am

Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
“Saya sudah tidak tahan lagi, doktor”
“Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah.
“Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing”
“Oh ya? Adakah dia menyalak?”
“Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencingnya...

Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6


Last edited by MaMmUu on Wed Oct 28, 2009 10:47 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: kisah si sengau...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 10:46 am

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6
Back to top Go down
bud92
MEDIA
MEDIA
bud92


Male
Number of posts : 2468
Registration date : 2008-12-19

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak...kah kah kah   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyWed Oct 28, 2009 7:47 pm

parok ngat towwww....!
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: budak kecil dengan coklatnya...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyFri Oct 30, 2009 9:13 am

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan coklat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu,dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit..."

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!"

Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"

Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6


Last edited by MaMmUu on Fri Oct 30, 2009 9:17 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: cucu dan atoknya...   Cerita Lawak...kah kah kah EmptyFri Oct 30, 2009 9:16 am

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk telah menegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.

Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu,semua lulus tinggi-tinggi.Cu ini asyik internet,tv atau main bola.Bila nak belajar???Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)

Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain.Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."

Atuk: "Tak sama apanyerr???"

Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"

Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Cerita Lawak...kah kah kah Smil476f052f221c6
Back to top Go down
Sponsored content





Cerita Lawak...kah kah kah Empty
PostSubject: Re: Cerita Lawak...kah kah kah   Cerita Lawak...kah kah kah Empty

Back to top Go down
 
Cerita Lawak...kah kah kah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» macam2 cerita...lawak,takut,ngeri dll
» gambo lawak...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Darul Iman Scooter Club :: Kisah² Jenaka-
Jump to: