Darul Iman Scooter Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


UNITY IS STRENGTH
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Pahala Di Bulan Syaaban

Go down 
AuthorMessage
MaMmUu
Ahli Muker Tuler..
Ahli Muker Tuler..
MaMmUu


Male
Number of posts : 6258
Age : 54
Location : Gong Badak
Registration date : 2009-01-04

Pahala Di Bulan Syaaban Empty
PostSubject: Pahala Di Bulan Syaaban   Pahala Di Bulan Syaaban EmptyMon Jul 19, 2010 9:29 am

Pahala Di Bulan Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
Back to top Go down
 
Pahala Di Bulan Syaaban
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» KELEBIHAN BULAN REJAB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Darul Iman Scooter Club :: Surau DISC :: Tazkirah & Renungan-
Jump to: